Monday 26 October 2015

Update blog



 
Dah lama tak update blog nie. tengah busy nak siapkan thesis, makin gatal pulak tangan nak godek-godek blog nie. asyik terbayang-bayang gitu kalau tak update. haha berpuaka pulak rasanya blog nie. dah lama tinggalkan zaman blogger nie. tertiba sekarang nie mengidam pulak nak kembali aktif dalam nie. motif? emm maybe sebab nak cari tempat untuk luahkan perasaan and meroyan kot. kahkahkah... emm tu je kot. sekian. kahkahkah

I have found that if you love life, life will love you back.- Arthur Rubinstein

Friday 15 May 2015

Shopping oh Shopping




Assalamualaikum w.b.t..



Hari nie banyak pulak aku shopping..emm duit keluar macam air terjun jer dari dompet nie ha. Rasa nak demam pulak bila ter-belanja banyak nie. Harga barang pun makin mahal. Aish susah hati betul. Haha.. bila cakap pasal duit nie, teringin pulak buat entry pasal duit. Macam mana kita nak sebut nilai duit nie dalam bahasa mandarin.haa nak tahu ke tak nie? *excited nak bagi tahu* hahaha

·         Bagaimana caranya kita nak menyebut mata wang Malaysia dalam bahasa Mandarin.





1.       1 sen  = yi xian ; yi fen
仙;一分

2.       5 sen = wu xian ; wu fen
五仙;五分

3.       10 sen = shi xian ; shi fen ; yi mao; yijiao
十仙;十分;一毛;一角

4.       20 sen = ershi xian ; ershi fen ;liang mao ; liang jiao
二十仙; 二十分;两毛;两角

5.       50 sen = wushi xian; wushi fen ; wu mao ; wu jiao
五十仙;五十分;五毛,无角

6.       RM 1 = yi lingji yikuaiqian
一令吉 ;一块钱

7.       RM 2 = liang lingji ; liang kuaiqian
两令吉;两块钱

8.       RM 5 =  wu lingji ; wu kuaiqian
五令吉;五块钱

9.       RM 10 = shi lingji ; shi kuaiqian
十令吉;十块钱

10.   RM 50 = wushi lingji ; wushi kuaiqian
五十令吉;五十块钱

11.   RM 100 = yibai lingji ; yibai kuaiqian
一百令吉;一百块钱



kita belajar sampai seratus dulu. Nanti kita belajar ribu riban pulak yea. Hahaha nak sebut sampai seratus tu pun mesti ada yang dah tergeliat lidah, nanti tersimpul pulak lidah melayu korang kalau aku bagi sampai ribu riban hahahaha 




p/s: selalunya chinese Malaysia guna sebutan “kuaiqian” untuk ringgit yea.

Friday 8 May 2015

How to introduce your name in mandarin.



Assalamualaikum w.b.t 



Mak aku selalu pesan, kalau ada ilmu walaupun sebesar kuman sekalipun share la dengan orang, jangan sesekali kedekut or jadi Aji Bakhil. Sebabnya kalau kita share ilmu yang kita dapat tu,kita akan dapat lagi banyak ilmu dan lagi faham dengan ilmu yang kita dapat tu. Tapi zaman sekarang, orang nie lokek bebenor ha nak share. Bila dia tahu something, orang tanya tapi cakap tak tahu. Bila kena kat batang hidung sendiri tahu pulak nak marah and membebel. Haha tu la orang cakap karma ha. Hari nie kita buat kat orang, esok lusa orang lain pulak buat kat kita. So, moral of the story, be nice with each other’s. Kita tak rugi pun sebenarnya.

Terbebel pulak aku yea. Actually kali nie aku nak buat entry pasal third language iaitu Mandarin. So siapa yang berminat nak tahu or belajar bahasa nie, boleh la kerap kunjung ke blog nie lepas nie. Apa yang aku buat nie sekadar nak share ilmu yang aku ada sikit nie, samping tu aku pun nak menambahkan lagi ilmu aku pasal bahasa Mandarin nie. Lagipun, berapa kerat jer member aku yang boleh speaking Mandarin dengan aku nie.Jadi kalau lama-lama aku tak guna bahasa nie,mesti aku akan lupa habis.Nasib baik la Sa Zhe Li rajin melayan aku speaking Mandarin.Haha..Bukan apa  sebab apa yang aku tengok, susah sikit la nak belajar bahasa ini kalau kita tak ambil kelas Mandarin dengan cikgu (laoshi). Kalau nak google kat google translate nanti benda lain pulak yang naik hahaha *pernah try dulu* entah apa2 jer jawapan yang naik ha. Then, tak banyak blog yang sudi mengajar bahasa nie. Kalau ada maybe berbayar. So, jangan risau kat sini ilmu yang di ajar semuanya free. *murah hati* hahaha 

Mula-mula meh kita belajar cara nak perkenalkan nama kita dalam Mandarin: 


1.    1.   How to introduce your name in mandarin.
·         Cara memperkenalkan nama dalam bahasa mandarin.
·         Wo = saya / I
·         Jiao = nama / name

                 Example 1:
·         Contoh 1:
My name Wang Meiling
Nama saya Wang Meiling
Wo jiao Wang Meiling

我叫王美玲

Example 2:
·         Contoh 2:
My name Aiman
Nama saya Aiman
Wo jiao Aiman

我叫艾曼

Tu caranya kalau korang nak kenalkan nama korang kat orang dalam bahasa Mandarin. Nama yang digariskan tu korang boleh la tukarkan dengan nama korang.

Example : wo jiao ____________.(fill in the blank with your name).haha




  p/s: jangan minta aku translate nama korang pulak dalam bahasa Mandarin hahaha.